Semalam Yaya sedih betul

Semalam Yaya sedih betul..
Katanya tak dapat masuk kelas No 1..Cikgu masukkan dia kelas No 2 macam kelas darjah 1 dia sekarang..
Nampak sangat sedih muka Yaya..
Yaya: Mami ..Ustaz cakap seeeemua 1 Jujur masuk 2 Jujur..tak de yang masuk 2 Harmoni.
Mami: oh …Alhamdulillah..takpelah…
Yaya: Yaya dah belajar rajin-rajin.
Banyak yang 100. Semua A .tapi tak dapat jugak.
Air mata Yaya bergenang.
Mami pun fikir macam mana nak bagi Yaya tak down ni.
Adik beradik dok kerumun Yaya.
Mami: Yaya..sekolah Yaya ada 6 kelas tau..240 orang semuanya..kalau seeeemua budak pandai masuk Harmoni..pecah lah kelas tu. Kelas tu kecik..kang berpeluh Yaya panas..sempit macam sardin. Sebab tu cikgu pecah-pecahkan kelas…bukan Jujur tu bukan tak pandai…seeeemua budak pandai kat sekolah tu….tau tak..cuma kelas tu kecik…bukan besar macam dewan..kalau Mami jadi YB..Mami suruh cikgu besarkan kelas Harmoni jadi macam dewan serbaguna. Mudah sikit ..ramai budak boleh muat dalam tu. Tak de lah Yaya jadi sardin.
Yaya : Hahahha.. Yaya suka sardin Mami masak..tapi Yaya tak nak jadi sardin..Mami..kelas Harmoni ada ekon..macam Iman ngan kakak.
Mami: ohhh. Nak kelas ekon lah ni ek….
Yaya: hehehe
Yaya: tak lah..kipas pun ada…tapi kalau ada ekon lagi best..
Mama: tan yaya tan… best talau ada eton.
Yaya: ekon lah . Bukan eton!!
Mama: Mama elat la…

(Mama pelat la..)
Berpeluh nak jawab soalan anak


Facebook: https://www.facebook.com/sharul.fazlina

5 Replies to “Semalam Yaya sedih betul”

  1. Sekolah saya next year no more pengkelasan murid. Semua murid dalam 1 kelas. Takde dah kelas yang paling pandai ke ape semua campur. Gb taknak ada pengkelasan ni. Nama kelas pun kami tukar next year. Huhu

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *