Bismillah, Usai program kepimpinan badan beruniform di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah dalam program Pemimpin Muda Ohsem

Bismillah
Usai program kepimpinan badan beruniform di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah dalam program Pemimpin Muda Ohsem.
Satu kepuasan buat kami.
Penat yang diserikan dengan senyum bila kami melihat kembali gambar-gambar program, memandang wajah-wajah peserta program.
Mengimbas moment pembelajaran.
Dan kami tahu, inilah sebabnya inilah THE BIG WHY untuk kami berada dalam dunia ini.
Dunia perkongsian ilmu, dunia memadani modal insan, dunia awal pembentukan sikap dan disiplin, kefahaman dan persepsi,.kekuatan dan keimanan. Ini dunia ladang pahala kami.
Inilah juga yang mencetus tenaga beyond kemampuan biasa. Kami jadi anak remaja dalam kematangan fikiran dan tindakan.
Mereka anak muda berjiwa besar.
Adalah sangat-sangat sayang jika potensi ini tidak kita gilapkan sinarnya yang sekarang ini tersembunyi dalam lumpur keraguan, tenggelam dalam lautan ketakutan.
Kita bertanggungjawab.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1578354198937616&id=442408329198881
Gilap mereka, pandu dan bimbing mereka, sinarkan kebolehan dan kekuatan mereka dengam cara mudah KONTEN dan KAEDAH.
Mereka, anak-anak syurga ini akan faham.
#ExciteLearningConsultancy0192607681
.
Abe Long
Kami selesai.
28 Julai 2018 | SMK Tuanku Muhammad |
80 pemimpin muda | Pemimpin Muda Ohsem.

Bismillah

Bismillah.
“Cikgu-cikgu buat boomerang cikgu, buat boomerang”
Dengan gaya ala-ala pandai. AL godek telefon acukan kepada anak-anak pelajar.
“Okay meh kita buat boomerang, ready semuaaaa. 1 2 dan oppsss rupanya cikgu tak pandai nak buat boomerang rupanya”
Respons manja anak-anak pelajar “alaaaaa cikgu ni”
Hahahaha…. Dan AL terus je spontan ” Boleh ajar cikgu? ”
Dan taraaaa boomerang terhasil.
.
AL dapat ilmu baru dari anak pelajar yang berumur 17 tahun. Kita tidak mungkin tahu semua perkara.
Dan kita tidak perlu malu untuk bertanya dan belajar biarpun dengan siapa saja, seusia mana sekalipun guru kita ini.
Lenturkan diri anda untuk belajar.
.
Abe Long.
Yeaaaaa AL dah tahu buat boomerang haha

Bismillah, Selesai sudah #MotivatorBerkampung , Simposium yang mendatangkan lebih kefahaman, lebih pencerahan dan lebih manfaatnya buat kami semua

Bismillah
Selesai sudah #MotivatorBerkampung
Simposium yang mendatangkan lebih kefahaman, lebih pencerahan dan lebih manfaatnya buat kami semua.
Yang tersurat dan tersirat
Kerana di sebalik simposium ini ada lebih banyak perkara tersirat yang kami belajar darinya dan memahami akannya.
Impaknya
Kami sempat berbincang panjang hampir 2 jam di cafe selepas program.
What Next?
Adalah sangat merugikan jika kami hadir dan balik sebegitu saja tanpa mendatangkan kesan yang mendalam dan tindakan yang jelas.
Nantikan 27 Oktober 2018, Kami cetuskan ?
Kami NLP Coach.
.
Abe Long
Masa untuk Rehat dan Rawat Diri.

Bismillah, The power of rappor, Semalam, dalam simposium yang hadirnya daripada kalanhan orang-orang hebat dari pelbagai bidang dan kemahiran

Bismillah
The power of rappor
Semalam, dalam simposium yang hadirnya daripada kalanhan orang-orang hebat dari pelbagai bidang dan kemahiran.
AL duduk di seat baris ke 4 dari depan.
Ini istimewanya, sebelah kiri abe long adalah kenalan baru, suis rappor diaktifkan. abe long manfaatkan SALAM MESRA hehe.
Geng PLF mesti tahu ni.
Impaknya ” Tuan ada buat team building”?
Wow abe long respons dengan kunci bisnes, “InshaaAllah boleh Puan, lazimnya kami datang bertiga untuk kapasiti 30 hingga 50 orang peserta. Bila Puan bercadang nak buat tu ye?”
Diskusi diteruskan dan hari ni AL e-melkan sebutharga.
.
Dah confirm? Belum lagi tu, kena la pula petik suis FOLLOW UP dan CLOSE lepas ni.
.
Boleh boleh?
.
Abe Long
Duduk diam je dalam seminar begini adalah satu kerugian ??. #BinaRangkaianLebarkanJaringan.

Bola sepak yang kita kenal adalah antara menang dan kalah

Bola sepak yang kita kenal adalah antara menang dan kalah. Antara sedap dan tak sedap. Antara juara atau sayur. Itu sisi pandangan seorang penyokong biasa.
Bila ada kesempatan untuk bersama2 pemegang taruh bola sepak Selangor. Duduk sama2 memerah otak selama 3 hari direct tanpa belas kasihan. Bincang pasal permasalahan utama dan cari penyelesaian. Maka barulah tau. Rupanya bola sepak itu adalah lebih dari sekadar amek bola dan tendang.
Bola sepak dan pengurusan pasukan adalah lebih besar dari sekadar menang kalah. Lebih besar dari sekadar menjadi juara. Bola sepak adalah kehidupan, gaya hidup, peluang perniagaan, pembangunan teknologi dan macam2 lagi.
Bila dah duduk semeja dengan manusia2 dari latar belakang profesion yang berlainan. Barulah kita paham sudut pandang masing2 tentang arah tuju dan juga peluang2 yang boleh diterokai dalam bidang bola sepak.
Its been an honour to be part of this journey.
For a greater FAS. Moving forward together.
#FAS
#sfc.com
#BBPS
#RedGiants

Kenapa kita susah nak menyimpan dan melabur?, Salah satu sebab orang tidak simpan dan labur adalah mereka tidak boleh nampak cashflow potential,…

Kenapa kita susah nak menyimpan dan melabur?
Salah satu sebab orang tidak simpan dan labur adalah mereka tidak boleh nampak cashflow potential, iaitu potensi pulangan pelaburan.
Kita ambil contoh graduan baru kerja umur 25. Orang muda biasanya nak beli gajet up to date je kan.
Lepastu beli gajet pun guna plan “0% interest”,bulan bulan bayar RM300. Keluar je model baru mesti nak tukar.
Tapi sebab jejaka ni bijak, dia simpan dan labur RM300 sebulan tersebut.
Katakan umur 40 dia nak petik hasil pelaburannya, annualised return dalam 10%.
Berapa dia dapat? Tak banyak pun, adalah dalam RM120,000 je.
Jadi, korang nak beli fon baru ke nak melabur?
Terpulang la nak mana. Nak bergaya beli la fon baru, nak rasa ada RM100k laburlah. Haha.
#TheSophisticatedInvestor

Hari ni lawatan #ABSJitra ke Kolej Tentera Udara & Pusat Kraftangan

Hari ni lawatan #ABSJitra ke Kolej Tentera Udara & Pusat Kraftangan. Ada yang tak nak turun kapal terbang dengar cerita.
Ali balik bawa batik.
“Ni Ali buat ke?” Mama tak percaya macam cantik je.
“Tengah Ali buat, tepi tepi ada orang tolong.”
Sabtu ni kami buat Open Day. Jemput datang bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana guru-guru mendorong anak-anak 4,5 dan 6 tahun ini suka ke sekolah.
Apabila anak-anak sukakan sekolah, sukakan guru dan rakan-rakannya, maka mudahlah mereka menerima ilmu yang disampaikan guru.
.
.
.
“Baiklah Encik Guys!”, kata Ali.

Bismillah, Permainan sudah bermula, Gendang telah dipalu, gelanggang kini dibuka maka beralun lah rentak tari mengikut lenggok si penghasut,…

Bismillah
Permainan sudah bermula
Gendang telah dipalu, gelanggang kini dibuka maka beralun lah rentak tari mengikut lenggok si penghasut, bermain fitnah menyebar kekeliruan menyerlahkan kejahilan sendiri.
Lakon layar diulang tayang, hanya pelakonnya saja bertambah kini.
Apa pula pendirian AL?
Mahu ikut sama merentak tari? atau senyum sinis memandang layar lama.
.
Abe Long.

Bismillah, Hari ni tersedar jam 3

Bismillah
Hari ni tersedar jam 3.30 pagi dari lena tidur.
Hati berkata, awal lagi ni dan badan pula mula bergolek-golek mencari zon selesa lantas perlahan selimut ditarik dan mata dipaksa pejam.
Isk isk cepat tersedar kembali.
Ada sahabat yang perlukan cadangan modul hari ni, terus je AL paksa diri bangun dan siapkan modul untuk program Talent Development bagi tempoh 24 bulan.
Persediaan kenaikan pangkat.
Program Building Up Team Leader – BUTL.
Alhamdulillah jam 6.30 pagi AL siap emelkan.
.
Usai program bersama JKR hari ini.
Aplikasi NLP Dalam Negosiasi Organisasi
25 orang hebat ketua-ketua dalam JKR
.
“En Shariman, ada peserta tanya saya. En Shariman boleh buat program apa lagi, dia nak jemput”
Allahuakhbar.
Inilah yang dikatakan menjemput rezeki. Mungkinkah kerana berusaha siapkan paper dan emel kepada sahabat pagi tadi.
Rupanya inilah asbab untuk didatangkanNya pula rezeki lain.
“En Shariman, peserta hari ni beri respons yang sangat baik dan mahu dipanjangkan lagj kursus ini kepada peserta lainnya. InshaaAllah kita akan jumpa lagi bulan Oktober nanti”
MasyaAllah tabarakallah.
.
Nyatanya, bila kita mahu berbuat baik. Buatlah tanpa ragu-ragu, buatlah dengan ikhlas, buat dengan bersungguh-sungguh.
InshaaAllah
Pegang prinsip diri ini kuat-kuat ye.
.
Abe Long
Bila tergerak hati untuk buat baik, usah difikirkan lagi…BUAT je. Ada ganjaran dariNya untuk kita. InshaaAllah.
.

Bismillah, Berapa ramai yang masih lagi tertanya-tanya tentang proses NEGOSIASI dalam organisasi?, Siapa itu Negotiator?, Siapa itu Client?, …

Bismillah
Berapa ramai yang masih lagi tertanya-tanya tentang proses NEGOSIASI dalam organisasi?
Siapa itu Negotiator?
Siapa itu Client?
Bagaimana seorang Negotiator boleh mempengaruhi seorang client tanpa sedar dipersetujui dan diakui oleh Client?
Ini adalah Negosiasi.
.
Dan kami sedang dalam program
Aplikasi NLP dalam Negosiasi Organisasi.
.
Abe Long
#NegotiatorCoach.