SEALER MINI ATAU ALAT PRESS KEMASAN PLASTIK PENGGANTI LILIN

SEALER MINI ATAU ALAT PRESS KEMASAN PLASTIK PENGGANTI LILIN
READY 10 UNIT
HRG 25RB
MINAT HUB 08979382202
Kadang 2 kalau kita makan snack dari kemasan plastik, terus tidak habis, bingung kan gimana menyimpannya kenbali supaya tetap enak, renyah dan garing ketika dimakan ?
Jangan khawatir, sekarang ada solusinya.
Sealer akan merapatkan kembali plastik pembungkus makanan yang telah terbuka dengan menggunakan panas.
Mini Hand Sealer perekat plastik serba guna. Dapat digunakan untuk merekat plastik, bungkus snack, dll. Dengan ukuran yang reatif kecil maka Hand Sealer Mini ini dapat dibawa kemana saja dan kapan saja.
Features
Plastic Sealer
Alat press plastik tangan ini merekat plastic dengan menggunakan panas dan membuat plastic saling merekat satu sama lain.
Easy To Use
Cara memakai Alat press plastik tangan ini sangat mudah layaknya kita menggunakan Streples dan menariknya kesamping secara horisontal. Plastik kemasan yang tipis akan terpotong dengan rapi dan merekat erat. mini sealer dapat panas secara instan sehingga begitu di nyalakan langsung bisa digunakan.
Battery Powered
Alat press plastik tangan ini menggunakan 2 Buah baterai AA 1.5.

MAU REKONSILIASI Kita butuh damai sejuk damai Butuh presiden wapres yang mampu lakukan hal itu

MAU REKONSILIASI?
Kita butuh damai, sejuk & damai. Butuh presiden-wapres yang mampu lakukan hal itu.
Jokowi selama ini mampu lakukan itu. Ia tidak pernah membalas serangan, fitnah, cacian & makian.Tegar & kokoh. Ia mampu merangkul semua pihak.Jokowi itu tokoh pemersatu, pendamai & rekonsiliatif.
Bagaimana dengan Kiai Ma’ruf Amin?
Coba lihat foto ini. Kiai Ma’ruf Amin dikelilingi FZ, FH & rival politik lainnya. Mereka ngalap berkah & doa.
Mari kita dukung Jokowi-Kiai Ma’ruf Amin meneruskan agenda-program rekonsiliasi keduanya.

JAGA MULUT, JANGAN MERUNGUT, Saya nak kongsi 2 kisah

JAGA MULUT, JANGAN MERUNGUT
Saya nak kongsi 2 kisah.
Kisah pertama.
Ada kawan saya dulu berniaga kedai makan.
Permulaan bisnes beliau mendapat sambutan. Sampai tak menang tangan nak ambil order.
Sehinggalah lah 1 hari, dia pernah terlepas cakap di hadapan saya,
“Penatlah.. customer ramai hari ni”
Kemudian, dari hari ke hari, entahlah di mana silapnya kedai makan dia makin lama makin lengang.
Customer makin kurang.
Lama-lama, kedai terpaksa ditutup sebab dah tak mampu cover kos.
Adakah Allah sedang memenuhi permintaan beliau?
Supaya beliau dapat berehat?
.
Kisah ke-2.
Saya teringat beberapa tahun lepas, tandas di farmasi saya tersumbat. Tandas kampung, dari zaman Jepun dulu dah ada. Bukan ada sistem flush apa semua ni. Ini jenis kena cebok air lepas membuang.
Satu hari, ia tersumbat teruk. Sampai bergenang air dia keluar dari mangkuk cangkung tu.
Ya Allah..bau dia memang tak tahan.
Terpaksa lah panggil orang untuk uruskan.
Akhirnya jumpa juga orang yang sanggup buat kerja pembersihan ini dengan upah bayaran RM1000.
Ye lah.. dia kena cuci balik, korek dan pam keluar semua bahan kumbahan dalam tu.
Secara manual, ok!
Ingat senang nak cari orang yang sanggup hadap kerja ni?
Sampai ke hari ini saya masih teringatkan orang itu sebab hati saya benar-benar tersentuh..
Dia sanggup buat kerja bersihkan najis orang demi sesuap nasi.
.
Kawan-kawan,
Kalau bos bagi kita banyak kerja, buatlah.
Kalau leader bagi kita banyak task, buatlah.
Selagi benda tu membawa kebaikan buat kita, buatlah.
Jangan merungut.
Jangan komplen.
Banyak kerja bermaksud kemahiran kita ini sangat diperlukan. Dan bila makin buat, makin pandai.
Bersyukurlah yang kita MASIH ADA KERJA nak buat.
Berterima kasihlah yang kita masih ada sumber rezeki yang baik-baik, lagi halal yang kita boleh bagi anak-anak dan mak ayah kita makan.
.
Sanggupkah nak buat kerja macam situasi tandas tersumbat di atas?
Atau nak di ‘rehatkan’ terus?
.
Dulu saya selalu jugak terlepas cakap.
Letih lah.
Banyak kerja lah.
Bla bla bla.
Abah saya nasihat,
“Mana ada satu pun kerja kat dunia ni yang senang? Kalau nak kerja senang, duduk rumah lah!”
Abah ni kan.. sekali dia punya ayat, memang boleh tersiat jantung hempedu ku.
Sekarang, tak berani nak sebut benda-benda tu semua.
Banyak kerja ke, letih ke, happy jer.
Alhamdulillah sebab Allah masih beri kita merasa nikmatNya.
Risau mulut ni kadang-kadang ‘termasin’ jugak.
Dah alang-alang ‘masin’, lebih baik kita sebut perkara yang best-best saja kan? ?
Jaga mulut, jangan merungut ok ♥️
Ony Nurhusni

7 SIMPTOM ANDA BAKAL MENGHAMPIRI KEJAYAAN , 1

7 SIMPTOM ANDA BAKAL MENGHAMPIRI KEJAYAAN
1. Anda tidak lagi melihat masalah sebagai masalah, malah anda melihat ia sebagai peluang dari Allah untuk anda berubah menjadi khalifahNya yang lebih baik.
2. Kalau dulu suka merungut atau mengeluh, sekarang anda sangat menjaga kata-kata anda kerana khuatir terkeluar benda-benda negatif dari mulut. Kata itu DOA.
3. Lebih cepat bertindak tanpa perlu disuruh atau di paksa. Sebab anda percaya, siapa cepat buat, insyaAllah dia cepat dapat.
4. Suka lihat kejayaan orang lain. Dan turut mendoakan kejayaan orang lain dalam diam. Bila kita doakan orang lain tanpa diketahui orang tersebut, malaikat juga turut mendoakan kita.
5. Suka tolong orang. Bila tolong, anda dapat satu kepuasan dan kebahagiaan tanpa harapkan balasan.
6. Dapat mengurus masa dengan lebih baik walaupun hakikatnya kerja dan tanggungjawab semakin bertambah. Dan anda tak sedar, lama-kelamaan anda meninggalkan perkara-perkara yang membuang masa dan tak berfaedah.
7. Akhir sekali, anda tak sabar-sabar sangat dah nak masuk ofis semula atau sambung bisnes walaupun baru 1 hari cuti.
Tahniah jika anda ada sekurang-kurangnya 3 simptom di atas. Semoga ‘penyakit’ orang berjaya cepat-cepat mengjangkiti anda. ✨
Ada simptom tambahan lain lagi, boleh sambung.
Nota : Alhamdulillah anak saya pun dah baik dari demam campak. 2 minggu tak masuk ofis weh. Nak termuntah dah idea dalam kepala ni!
Jom sambung fighting! ?

Posting saya 9 tahun yang lepas

Posting saya 9 tahun yang lepas. Waktu itu sangat demotivated, energi rendah, tiada rasa untuk berubah, dan setiap hari berada di tahap yang sama.
Menulis pun tak cukup ejaan.
Dan banyak titik titik.
Asal cuti saja, malas nak masuk kerja balik.
Kalau boleh, nak cuti lama-lama. Tapi nak kerjanya sikit. Sikap macam ni memang selamanya akan buat diri macam katak bawah tempurung.
2012, adalah tahun saya mula bangkit dan memaksa diri keluar dari tempurung.
Tukar logistik, tambah kawan-kawan yang sama positif dan saling memberi inspirasi, tukar mindset biasa-biasa kepada mindset jutawan, cari guru yang boleh beri tunjuk ajar dan sentiasa upgrade NILAI diri dengan ilmu.
Seseorang yang berjaya pada hari ini ialah kerana ia berjaya memanfaatkan masa sebaiknya, tidak kira apa yang berlaku.
Jika hidup masih tiada perubahan, cuba renung dan lihat kembali apa yang anda telah buat, apa yang telah anda lalui dan juga dengan siapa anda berkawan – sejak 5 tahun yang lepas.
Mungkin anda perlukan THE NEW ME.
ANDA YANG BARU.
#ANNONA

Kata Hamka, jika berdiam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan

Kata Hamka, jika berdiam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan.
Tweet seperti dalam gambar ini yang datangnya daripada sebuah badan berkanun seperti Suhakam adalah suatu kelancangan yang maha biadab dan tidak boleh diterima!
Ia berniat jahat, penuh kesumat terhadap institusi agama di negara ini, dan sarat prejudis. Para Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suhakam perlu bertanggungjawab, menarik balik tweet ini dan memohon maaf secara terbuka!
Sebarang usaha untuk menggambarkan secara halus kononnya ada sebilangan umat Islam yang mempertahankan kelakuan pedofilia, atau mana-mana institusi agama yang menggalakkannya atas hujah agama, adalah perbuatan khianat.
Untuk rekod (Suhakam, sila baca dan buat homework, jangan jadi baghal macam lembu!):-
1. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah lama bermuzakarah dan mengeluarkan fatwa tegas bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah amalan tidak sihat pada masa ini dan perlu dielakkan. Fatwa ini boleh dirujuk di muka surat 167 hingga 169 Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, yang boleh diakses di sini: http://www.islam.gov.my/…/…/KOMPILASI_MUZAKARAH_MKI_2016.pdf
2. 49 badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam juga telah sepakat dalam kenyataannya yang menegaskan pendirian bahawa tatacara dan aturan perlu diperketat sebelum membenarkan sebarang perkahwinan bawah umur, demi kemaslahatan bersama. Rujuk sini: https://www.facebook.com/MACSA2018/posts/2113217362022006
3. Pada tahun 2010, Mahkamah Tinggi Shariah telah mengisytiharkan perkahwinan di antara kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan lelaki dewasa berusia 41 tahun sebagai tidak sah. Rujuk laporan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
4. Ini pula ialah pandangan peribadi saya yang menegaskan bahawa kejadian kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikahwinkan dengan lelaki 41 tahun di Thailand, adalah isyarat jelas bahawa bidangkuasa kehakiman syariah di negara ini perlu ditingkatkan. Buat masa ini, bidangkuasa Mahkamah Syariah sangat rendah. Untuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam seperti ini (berkahwin bawah umur tanpa izin dan berkahwin di luar kawasan tanpa izin) pada kebiasaannya hanya dikenakan denda, yang sudah tentu tidak mencukupi dalam kes-kes serius sepert ini. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10217514901444838&set=a.1895850396396.2130713.1245669741&type=3

Perkara Positif & Negatif dalam kehidupan sentiasa ada

Perkara Positif & Negatif dalam kehidupan sentiasa ada..
Ia bergantung pada mata yang melihat, akal yang berfikir dan hati yang rasa..
Kemampuan melihat secara positif adalah kemahiran
Kemahiran tak perlukan bakat,
Ia perlukan latihan
Namun dibalik sudut positif & Negatif,
Sebenarnya yang dicari adalah ketenangan
Positif mana pun manusia – (Mungkin kerana sudah terlatih) ,
Namun pasti ada golongan yang positif tidak tenang.. ..
Tenang di hati melepasi cerita positif & negatif dalam kehidupan..
Positif sahaja tidak cukup,
Perlukan rasa agar positif itu bermakna..
Positif sahaja buat manusia tertipu dengan fantasi
Positif / negatif dengan hati yang tenang membawa kita pada sangkaan..
Tuhan mengikut sangkaan hambanya
Cari positiviti untuk mendekati ketenangan..
Bukan cuba menjadi positif semata mata..
#mebius

Bertemu dengan para pejuang pembela Ibu Pertiwi tidak pernah gagal menyalakan api semangat diri dalam terus turut berjuang

Bertemu dengan para pejuang pembela Ibu Pertiwi tidak pernah gagal menyalakan api semangat diri dalam terus turut berjuang. Setidaknya setitik. Setidaknya, selama nafas masih dikandung badan. Momen bertemu Ibu-Ibu pejuang Kendeng adalah salah satunya.
Ketika berkesempatan mengunjungi galeri Mbak Dewi Candraningrum, lukisan-lukisannya tampak memberi efek yang serupa, karena kisah-kisah mereka seperti terputar sendiri. Lukisan yang saya pegang (lukisan Ibu Sukinah) dan dua lukisan disebelahnya adalah lukisan yang dikombinasi dengan adukan semen. Karya Mbak Dewi ini seakan menghidupkan kisah Ibu-Ibu pejuang Kendeng secara magis lewat karya tangan dan lantunan tulus hatinya.
Makasih Mbak Dewi.. Terima Kasih Pejuang-Pejuang Kendeng.. Salam hormat.

#SaveKendeng

Selamat untuk Banyuwangi atas penghargaan pariwisata tingkat ASEAN

Selamat untuk Banyuwangi atas penghargaan pariwisata tingkat ASEAN!
Jadi begini ya.. Kalau sudah meraih penghargaan untuk pariwisata, ngapain toh masih dirusak lingkungannya dengan izin pertambangan? Bukankah penghargaan level ASEAN ini juga mengakui bahwa pendekatan sosial-budayalah yang jadi poin penting kekhasan Banyuwangi dalam konteks pariwisata?
Dan bicara tentang sosial-budaya pasti tidak lepas dari lingkungan hidup, toh?
Lagian, kalau jadi daerah pertambangan, maka lingkungan akan rusak dan tidak akan kembali pada kondisi semula.. Sementara kalau pariwisata, lingkungan masih bisa dijaga dengan baik. Kan Bapak Bupati sendiri yang bilang, “kalau infrastruktur pariwisatanya bersih, wisatawannya happy”.
Dan kalau wisatawannya happy, masyarakatnya happy, lingkungan terjaga, pendapatan daerah juga meningkat. Ya gak? Ya gak? Ya gak? Jangan dooong didukung pertambangan emas di Tumpang Pitu kalau begitu, ada 7 Gunung yang dikorbankan. Gak mungkin dong ga berpengaruh?
Semoga penyelamatan keindahan Tumpang Pitu dapat terwujud. Ya, Pak Bupati? ?
#SaveTumpangPitu
#TolakTambangEmasTumpangPitu

Asalnya kami plan bercuti sekeluarga nak ke Phuket pada hari raya ke-5

Asalnya kami plan bercuti sekeluarga nak ke Phuket pada hari raya ke-5. Namun tiba-tiba, Hannah kena demam campak raya ke-3. Tiket kapal terbang dah booked. Hotel pun dah booked.
Aduhh tak tahu nak pikir camana.
Takkan nak tinggal dia?
Tapi..takkan nak bawak kot?
Ishh tak patut, tak patut.
Bila dihitung-hitung kos, memang ‘hangus’ lah semua kalau cancel.
Tapi jujur hati saya dah tak berapa nak pergi bercuti.
Hangus pun hanguslah..
Tinggal anak-anak semua di rumah tok, dan kami pergi berdua saja?
Ermm..kasihan pula.
Risau nanti berjangkit pada sepupu dia yang lain.
Istikharah saya malam sebelum bertolak tu.
Hati ni dok berbolak balik.
Esok pagi bangun, akhirnya abang Syah cakap,
“Ayang je lah yang pi. Bawak kakak dan yana ke Phuket.”
Haishhh.. ada ke patut suruh kami semua perempuan je pi Siam?
Ofcos lah tak!
Kalau ya pun Papa nak suruh kami girls’ day out, setakat sampai Penang je pun Mama berani. ?
Akhirnya saya buat keputusan untuk tinggal di rumah dan jaga Hannah.
Itulah yang terbaik..
Biarlah Papa pula yang melayan anak dara dua orang tu.
Lagipun kaklong dah nak balik ke asrama.
Begitulah pengorbanan yang tak seberapa.
Kita hanya mampu merancang.
Perancangan Dia mengatasi segalanya.
Alhamdulillah,hari ini Papa dan 2 orang puteri saya dah selamat sampai Malaysia.
Ambil depa di airport tadi, tup tup dapat kejutan.
Owhh..saya apa lagi, kembang berbunga-bunga hati ini seluas airport Penang sampai ke Kulim.
?????????
.