3 CARA PRAKTIKAL BERJIMAT RATUSAN RINGGIT SEBULAN, Ekonomi makin hari makin mencabar, tapi kalau kita asyik mencari alasan kita takkan jumpa jalan…

3 CARA PRAKTIKAL BERJIMAT RATUSAN RINGGIT SEBULAN
Ekonomi makin hari makin mencabar, tapi kalau kita asyik mencari alasan kita takkan jumpa jalan keluar.
Waktu begini eloklah kita kawal perbelanjaan kita dan tambah pendapatan jika mampu.
Mana yang kita boleh jimat, kita jimat. Hasil penjimatan kita simpan untuk masa hadapan.
Okay, saya nak kongsikan apa yang saya amalkan beberapa bulan lepas. Saya berjaya jimat sebanyak RM190 setiap bulan.
Macam sikit kan, tapi besar jumlahnya bagi kebanyakan kita, boleh tampung susu anak, pampers anak.
Ini 3 perkara yang saya buat untuk berjimat :
1. KURANGKAN MINUMAN BERGULA
waktu lunch dan dinner kebiasaannya saya order air kosong sahaja. Breakfast pula, ofis saya sudah sediakan air nescafe.
Saya memang minat air nescafe, katakan tiap kali lunch dan dinner saya order nes ais, sehari sudah RM4. Kalau sebulan dah RM120.
2. NAIK LRT AWAL PAGI
Kalau saya naik lrt sebelum pukul 7, saya dapat diskaun 50%. Tambang dari rumah ke tempat kerja RM4.20 sehala.
Jika saya naik tren sebelum pukul 7, tambang saya RM2.10 sahaja. Jadi kalau darab dengan 22 hari. Saya jimat RM46.20 sebulan.
Tapi mesti ada orang kata, pergi kerja awal awal buat apa. Macam macam saya boleh buat, saya boleh baca buku, breakfast dengan tenang ataupun singgah gym sekejap. Alhamdulillah sekarang saya dah jadi morning person. Haha
3. ISI MINYAK GUNA KAD KREDIT
First saya nak pesan, kalau tak pandai kawal nafsu belanja, jangan apply kad kredit. Elok takde hutang jadi bertimbun pula nanti.
Kalau nak tahu, ada kad kredit yang cashback 8% untuk petrol. Sebulan minyak saya lebih kurang RM300.
Jadi, RM300 x 8% = RM24. Sebulan saya jimat RM24 untuk petrol. Boleh la tu. Dapat cover makan 2 hari.
So, berapa total saya jimat?
RM120+RM46+RM24=RM190
Katakan saya labur kan RM190 ni dalam unit amanah sebagai duit pencen saya.
Dapat lah juga dalam RM430k masa pencen. Itu belum campur kwsp saya lagi.
Kalau ada cara lain lagi nak berjimat boleh kongsikan ye. Semoga bermanfaat.
#TheSophisticatedInvestor


Facebook: https://www.facebook.com/mohd.kauthar

50 Replies to “3 CARA PRAKTIKAL BERJIMAT RATUSAN RINGGIT SEBULAN, Ekonomi makin hari makin mencabar, tapi kalau kita asyik mencari alasan kita takkan jumpa jalan…”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *