JANA RM 54,000 DENGAN MENANGGUHKAH KEHENDAK, Setiap orang mesti ada barang yang mereka ingin miliki

JANA RM 54,000 DENGAN MENANGGUHKAH KEHENDAK
Setiap orang mesti ada barang yang mereka ingin miliki. Tak kisah la kereta ke, melancong atau gajet terkini.
Macam saya sendiri, ada 3 benda yang saya nak beli tapi saya tahan dulu. Nanti duit dah banyak saya beli la.
Jom tengok apa saya dapat kalau saya delay untuk 5 tahun?
1. Iphone 7
Saya kalau boleh nak iphone paling baru yang berharga RM3499 tapi saya beli iphone 5s sahaja dengan harga RM1000.
Saya jimat RM2499, bahagi 60 bulan (5 tahun), bersamaan RM41
2. Melancong ke Eropah
Kalau boleh saya memang nak buat euro trip. Setahun satu negara pun okay la kan. Total kos dalam RM4000 sekali pergi.
Sebab saya nak juga jalan, saya downgrade dulu dengan berjalan sekita asia tenggara sahaja. Total kos mungkin RM1000 sahaja.
Jadi saya dah jimat sebanyak RM3000 setahun bersamaan RM250 sebulan.
3. Honda City
Siapa je taknak kereta import kan. Bergaya, cantik, selesa, nak bawa laju sikit pun sedap.
Katakan harga Honda City, RM75000. Kalau saya letak down payment RM10000, bayaran bulanan saya lebih kurang RM764.
Tapi saya tahan dulu, saya beli axia auto je. Harga dalam RM35000, dengan down payment RM10000, bayaran bulanan saya hanya RM293.
Saya dah jimat RM471 sebulan dekat kereta.
So, kita kira semula total penjimatan.
471 + 250 + 41 = RM762
Katakan saya letak dalam ASB dengan dividen 6.75%. Maka saya bakal dapat RM54,200.
Banyak kan? Nak buat apa dengan duit ni? Terpulang kat korang lah. Nak beli iphone10 ke, nak buat down payment Honda pun takpe, masa tu gaji pun dah makin besar InshaAllah.
#TheSophisticatedInvestor
#MK


Facebook: https://www.facebook.com/mohd.kauthar

28 Replies to “JANA RM 54,000 DENGAN MENANGGUHKAH KEHENDAK, Setiap orang mesti ada barang yang mereka ingin miliki”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *