SAVING DUIT HIJAU

SAVING DUIT HIJAU
saja je aku dgn dia buat undang2
kalau ada duit hijau tak boleh guna
kteorg sepakat , raya nk open tabung untuk jadikan sebagai duit raya
so tahun ni tak tukar duit raya kat bank
just pakai duit dlm tabung hijau ni
dian nak bg duit raya kat Follower bertuah
cuba teka berapa total jumlah duit hijau ni
sapa teka tepat !
pagi raya dian tranfer duit raya rm50
tepat atau hampir tepat
SORANG KOMEN SEKALI JE
SORANG KOMEN SEKALI JE
SORANG KOMEN SEKALI JE
FOLLOWER bertuah tau
dah teka tepat tp tak follow kira tak jadi la
sebab nama pun follower bertuah
kalau tak follow bukan follower
tp stalker bertuah ??
p/s : SHARE bg ramai join
-founderdianz

Bisnes online kat Malaysia ni saya rasa antara field yang paling senang buat duit

Bisnes online kat Malaysia ni saya rasa antara field yang paling senang buat duit.
Sebab apa?
Sifu yang bukak kelas memang ramai. Cakap Bahasa Melayu pulak tu. Senang kita nak paham. Dari free cost marketing, low cost, high cost, integrated segala makneka semua lengkap.
Pastu pulak ajar based on their real experience jual produk online. Kalau sifu tu mat saleh jual market San Diego ke, lainlah cerita.
Material nak belajar pun melambak. Ebook free, murah, mahal semua ada.
Tak suka membaca?
Jangan risau.
Seminar berlambak.
Tak boleh datang seminar?
Anak kecik menyusu?
Duduk jauh dari KL?
Takpe, online courses bersepah.
Abes tu kenapa masih tak boleh buat duit?
Jawapan dia senang.
Tak buat.
?

#PrayforAleppo, #StandwithAleppo, PENGGANTUNGAN SEPENUHNYA OPERASI PROJEK BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DI ALEPPO,

#PrayforAleppo
#StandwithAleppo
PENGGANTUNGAN SEPENUHNYA OPERASI PROJEK BANTUAN RAKYAT MALAYSIA DI ALEPPO
….
Walaubagaimanapun operasi projek bantuan rakyat Malaysia seperti 6 buah perigi air di pinggir bandar Aleppo dan Idlib, sebuah kilang roti dan sebuah Madrah Syrianul Hayah yang mempunyai sejumlah 250 orang pelajar di Idlib dan juga dua buah Madrasah Nour al-Quran di pinggir bandar Aleppo yang mempunyai sejumlah 150 orang pelajar setiap satunya masih diteruskan tetapi berhadapan dengan keperluan dana yang sangat kritikal.
Sumbangan boleh disalurkan :
==================================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA BERHAD
==================================
Maybank : 5648-1051-3971
Bank Islam : 1421-00100-09882
=======================
SALAM SURIAH RESOURCES
=======================
CIMB : 860204-1215
======================
SUMBANGAN ATAS TALIAN
======================
www.billplz.com/winteraidsyria
Demi Syria, Untuk Ummah

#StandUp4Syria #StandWithAleppo #AleppoIsBurning, ABIM DAN MLLFS MENGUTUK PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI ALEPPO, SYRIA

#StandUp4Syria #StandWithAleppo #AleppoIsBurning
ABIM DAN MLLFS MENGUTUK PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI ALEPPO, SYRIA.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) melalui agensi bantuan kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) mengikuti rapat perkembangan terkini yang berlaku di Aleppo, Syria.
MLLFS dalam masa yang sama sedang melaksanakan kempen Bantuan Musim Sejuk Syria yang dijangka akan membantu rakyat Syria berhadapan dengan musim sejuk dan dijangka berangkat pada Januari 2017. Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM500,000 dan ianya boleh disampaikan melalui atas talian melalui pautan berikut : www.billplz.com/winteraidsyria

Jangan Lupa Bawa Balik Songkok Abah, ++++++++++++++++++++++++++++, Ramadhan 2008, Lagi 3 hari sebelum hari raya

Jangan Lupa Bawa Balik Songkok Abah
++++++++++++++++++++++++++++
Ramadhan 2008
Lagi 3 hari sebelum hari raya. Saya masih di Bandar Baru Bangi, bersiap untuk ke Taiping malam ini.
Syawal bakal menjelang ini sungguh bermakna pada saya. Umur sudah 30. Disebabkan pernah gagal dalam degree di Jepun. Saya bangkit, ambil balik degree di uniten.
Umur 30 baru merasa dapat degree. 2 bulan lepas, konvo. Melihat abah tertidur semasa majlis konvo, dapatkan rasakan dia penat.
Mungkin penat menanti kejayaan degree anak sulungnya. 10 tahun untuk segulung ijazah. 6 tahun di Jepun, gagal. 4 tahun berusaha kembali di Malaysia.
Setelah 6 bulan kerja. Baru mampu beli kereta. Kanc sahaja. Itu sahaja yang terbaik untuk seorang tutor gaji rm2000.
Seronok raya kali ini. Kereta pertama di Malaysia pulang beraya. Gaji pertama untuk diberikan duit raya. Kali pertama boleh sembang, saya dah kerja. Sebab asyik kata masih belajar walau orang pelik, umur dekat 30 tahun , masih belum habis belajar.
Pagi tadi abah call. Dari Terengganu. Abah pulang awal seminggu, balik Jerteh mahu ambil atuk, nenek ke Taiping.
Saya yang masih bekerja, hanya pulang terus ke Taiping. Bertemu semua di Taiping.
“Assalamulaukum Along”
“Waalaikumsalam Abah, dekat mana ini?”
“Baru sampai Kampung Raja. Semalam tidur Tembila”
Abah ambil kesempatan melawat semua adik beradiknya. Jujurnya saya pun tidak terbilang berapa adik beradik dan adik beradik tiri abah.
Sampai ke Pahang , Terengganu abah ziarah. Maklumlah selepas pencen Sarjan Artilery , abah jadi jurulatih kawad di PLKN.
PLKN cuti seminggu awal sebelum hari raya.
“Along, tolong bawa songkok abah balik”
“Ok”
“Satu lagi, bagi tahu jiran kita, pakcik ismail sebelah rumah, suruh dia parking kat rumah kita, dia kan beraya di Bangi. Anak2 dia banyak kereta”
“InsyaAllah”
“Abah insyaAllah bertolak selepas sahur dari Jerteh, bawa atuk, nenek, dan sepupu awak aisyah , dia baru habis spm , nak tolong carikan kerja di bangi”
Itulah abah, yang digelar “pegawai pendidikan”, semua result sedara mara dia tahu dan mahu aturkan tolong orang dapat kerja.
Itu agaknya DNA nak bantu orang untuk memburu kerja ada pada saya sekarang.
“Ok Abah, Along balik malam ni, selepas terawih”
Perjalanan Bangi ke Taiping ditemani Dik Man. Dia pun masih belajar di upm.
Kami sampai hampir 3 pagi. Tidaklah sesak tapi masih banyak kereta.
Keesokan hari nya. Lagi 2 hari untuk hari raya. Macam biasa membersih rumah di Kampung Pinang yang kami balik jarang2. Mama pun duduk di Bangi.
Balik 2 bulan sekali dan berhari raya. Selebihnya minta jiran sebelah tengokkan rumah.
Waktu hampir pukul 6 petang. Mama dapat panggil telefon.
Ada orang awam, bagitahu, guna no abah. Mudah dan ringkas perbualan telefon.
Abah kemalangan, di Grik. Sedang di bawa ke hospital Grik.
Risau mama, sakit ke abah. Cedera dia, semoga boleh berhari raya.
Kami tenangkan mama. Ini rancangannya. Along, Dikman dan Mama pergi Gerik.
K ngah dan K lang tunggu di kampung pinang sahaja.
Dalam perjalanan Abang Mie (Suami K ngah cuba dapatkan bantuan abangnya, doktor di hospital ipoh. Pesan abangnya , terus sahaja ke hospital. Ada di sana. InsyaAllah OK sahaja. ( mungkin ini caranya untuk menenangkan mama )
Kami sampai juga setelah berhenti di tepi jalan berbuka ala kadar dah solat maghrib.
Masuk sahaja bilik kecemasan. Ada dekat 10 orang dalam itu. Nampak aisyah tidak sedar diri. Kami
tidak kenal. Jururawat yang maklum.
Nampak Pok Dik, dia ok tidur. Walau ada berbalut kaki dan kepala.
Kami tanya mana yang lain. Merujuk kepada abah, atok dan nenek.
Nurse kata, mari masuk bilik doktor.
Bila ditanya doktor. Ini jawapan doktor.
“Mana yang tiada dalam bilik kecemasan. Mereka sudah TIADA. “
Istifar, mama. Saya memeluk mama. Abah sudah tiada.
Doktor maklum ketiga mereka telah dibawa ke bilik mayat.
Entah tidak dapat digambarkan. Apa dalam jiwa hati saya. Dik man tidak berkata apa.
Di tepi sebelah luar wad kecemasan, cebisan pakaian dan barangan, kata nurse, sekiranya bawa balik.
Saya hubungi Prof. Kamal untuk maklum perihal saya.
Prof. pernah share gambar saya di interview wartawan Harian Metro, kerana hari itu, itu sahaja kemalangan jiwa yang berlaku. Pakai baju Kualiti Uniten.
Saya maklum k ngah dan k lang. Agar bersedia untuk kami bawa pulang.
Agak lama juga untuk panggil jemaah terdekat memandikan dan mengruskan apa yang patut.
Saya dan Dik man memandikan jenazah.
Kata orang menguruskan jenazah. Abah meninggal dunia ketika masih berpuasa. Kosong perutnya.
Saya hubungi saudara mara, saya yang sulung. Baru merasa memikul tanggunjawab seorang lelaki.
Saya kembali ke kereta . Songkok abah ada di dash board belakang. Saya peluk.
Di dalam beg. Sampul raya sudah tertulis nama “Abah” untuk saya berikan duit raya pertama kepada abah dari kerja official saya yang pertama.
Masih terngiai ngiai suara abah.
“Jangan Lupa Bawa Balik Songkok Abah.”
Al-fatihah Sarjan Norhisham Hamzah.

Korang yang guna Android tu dah tukar ke Whatsapp Business ke belum?, Those yang memang buat closing thru whatsapp dan dapat PM berduyun-duyun,…

Korang yang guna Android tu dah tukar ke Whatsapp Business ke belum?
Those yang memang buat closing thru whatsapp dan dapat PM berduyun-duyun, better switch ke Whatsapp Business.
Saya paling suka part LABEL tu.
Pernah sekali tu saya sendiri layan PM. Tak sangka yg PM tu melambak-lambak.
Hari pertama 120 whatsapp masuk.
Hari kedua 70 ++ whatsapp.
Bersilang-silang tangan saya reply. Sampai tak tahu yang mana dah bagi info yang mana yang baru jawab salam. Bersimpang siur. Pantang lepa je, terus lupa.
Bila ada label tu, senang nak marking samada:
? Belum reply whatsapp dia
? Sembang separuh jalan
? Agree nak buat payment tapi belum bayar
? Memang tak minat
? Pending pos dari side kita
Atau apa-apa jelah tagging yang kita rasa perlu.
Bila saya buat macam ni, baru nampak sebenarnya banyak pending kat part FOLLOW UP.
Just imagine kalau tak properly manage, terlupa nak follow up, kan dah rugi sale..
Dapat sesuatu?
Nak lagi tips bisnes online yang santai dan tak bosan, boleh jadi tetamu exclusive saya di sini www.impreneur.com.my/daily-tips
Silakan #SHARE kalau rasa post ni “sesuatu sangat”.

MAJLIS APRESIASI GURU 2016, 2016 TEACHERS’ APPRECIATION DAY, Organized by the UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees), Malaysia

MAJLIS APRESIASI GURU 2016
2016 TEACHERS’ APPRECIATION DAY
Organized by the UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees), Malaysia.
—————————————————
Teringat saya perkongsian cikgu Mohamad Loqman Adnan, uniknya guru-guru yang menginfaqkan diri untuk mengajar di sekolah-sekolah istimewa ini, silibus pertama mereka adalah memahami sejarah dan masyarakat pelarian itu sendiri.
Kemudian baru silibus pendidikannya yang tentunya satu cabaran luar besar biasanya buat mereka. Bukan sahaja budaya bahkan bahasa berbeza. Tapi akhirnya kemanisan itu pasti terasa. Anak-anak cilik yang belum benar memahami keadaan masyarakat masing-masing akan sentiasa menghadiahkan senyuman buat guru-guru ini.
Tahniah semua guru-guru Rohingya Education Center (REC) Pulau Pinang, REC Klang dan REC Kuantan. Sungguh kalian insan istimewa.
#DoGood
#SebarkanSalam

Rohingya Education Center (REC) Kuantan lahir dari keprihatinan dan belas yang tinggi, dan peran serta Wadah-ABIM-PKPIM Pahang bersama Future Global…

Rohingya Education Center (REC) Kuantan lahir dari keprihatinan dan belas yang tinggi, dan peran serta Wadah-ABIM-PKPIM Pahang bersama Future Global Islamic Network (FGIN). REC Kuantan dibina sebagai bukti dan komitmen tinggi terhadap proses pendidikan sepanjang hidup dalam melahir dan membentuk generasi terbaik.
Baru berusia 2 tahun, pusat pendidikan anak-anak ini menerima pendaftaran lebih 125 kanak-kanak Rohingya. Memahamkan ibubapa kanak-kanak ini akan peri pentingnya pendidikan diberikan, membiasakan anak-anak mereka dengan persekitaran sedia ada dan selamat, dan membantu mereka memahami setiap bait ilmu bukan satu perkara yang mudah antara cabaran yang dihadapi tetapi sangat mematangkan pengalaman buat semua penggerak. Semuanya tidak lain atas keyakinan dan kepercayaan bahawa anak-anak ini mampu dibangunkan potensi dan keistimewaan dirinya.
REC justeru menumpukan kepada pembinaan potensi diri dan menanam dan menekankan kepentingan ilmu sebagai asas membina kehidupan kepada diri anak-anak ini. Mengupaya diri tenaga pengajar, istimewanya guru-guru REC diberi maklumat tentang pelarian sebelum taklimat silibus persekolahan.
REC Kuantan (termasuklah REC Pulau Pinang dan REC Klang) adalah bukti sokongan dan komitmen tidak berbelah bagi WAP Malaysia dan FGIN terhadap rakyat Rohingya yang ditindas dengan kejam di Myanmar. Juga sebagai pendidikan kepada masyarakat amnya bahawa komitmen ini bukan hasil sokongan musim-musiman tetapi sepanjang hayat.
Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk anak-anak muda kelas khidmat masyarakat UIAM hadir dan berkongsi rasa selain turut sama dalam proses pembinaan diri anak-anak ini. – Terima kasih kekanda Nur Azlina?
Jom kita menyumbang supaya kita juga boleh berpartisipasi sama dalam pendidikan anak-anak ini melalui REC. Sumbangan boleh diberikan melalui akaun;
¤ PERSATUAN JARINGAN ISLAM GLOBAL MASA DEPAN
¤ Bank Islam: 12-113-01-005626-4
Semoga Allah permudah urusan mereka yang terpilih untuk bersama-sama golongan yang tertindas ini. Semoga Allah berkati usaha. Yang terbaik sentiasa didoakan buat mereka.
#SavetheChildrenofRohingya
#FutureGenerationofRohingya
#IVD
#DoGood

Alhamdulilah selesai Majlis Pelancaran buku saya dan Ameirul Azraie

Alhamdulilah selesai Majlis Pelancaran buku saya dan Ameirul Azraie.
Bertajuk : 50 soalan asas temuduga
Ini perkongsian saya diatas Pentas
————————————–
Graduan baru dan calon yang mencari kerja sekalian.
Janganlah sesekali mencari kerja.
Usah dicari kerja itu lagi.
Zaman ini kerja tidak bole dicari lagi.
Zaman ini kerja perlu diburu.
Bagaimana kita memburu kerja?
Mahirkan kan kita memburu kerja?
Siapkah kita untuk memburu kerja?
Bila kita berkata memburu, kita bukan lagi mencari.
kita buka hantar resume 2,3 sudah memadai.
kita bukan sekadar emel sahaja tanpa follow up telefon sendiri.
Kita bukan pergi interview tanpa bersedia siap rapi.
Ini tip orang memburu kerja.
saya rungkapkan dalam 3 C.
C yang pertama.
CITA-CITA:
cita-cita kita dalam memburu kerja perlu jelas.
Adalah ini kerjaya yang kita inginkan.
kalau kita percaya kita ingin bekerja di menara petronas.
bila kita jelas matlamat. usaha kita akan 200% dari biasa.
barulah kita masuk mood memburu kerja.
apa sahaja berkaitan petronas mata kita akan tertumpu mata.
kita peka suasana.
kita buru pelaung yang ada.
kita mula bertanya siapa yang boleh bantu yang berada di menara.
seorang anak murid saya dalam kelas persediaan hadapi temuduga.
Hana whatsapp saya. “terima kasih tuan, sudi berkongsi motivasi untuk saya memburu
kerja”
kata saya. Motivasi itu bukan dari saya, ia datang dari cita-cita Hana untuk ubah diri hana.”
apa tidaknya selepas kelas berjumpa saya. kalu dulu copy paste sahaja cover letter.
sekarang penuh jiwa menyatakan cita-cita.
yang penting bila kenalpasti cita-cita, matlamat kita.
seluruh gerak badan kita akan bergerak untuk memburu kerja. bukan lagi mencari kerja.
C yang kedua.
CINTA :
Tak kenal maka tak cinta.
sudahkan kita betul-betul kenal job scope kerja yang kita buru?
sudah kenal pegawai HR yang akan interview?
sudahkah kita kaji syarikat yang kita akan bekerja?
Tanpa kenal, tanpa cinta kita sukar untuk lebih memahami dan lulus temuduga.
Ada bezanya, bila kita dah mula jatuh cinta. dah suka apa yang kita buru.
Umpama kita pergi dating.
kalu kita pergi dating orang yang kita tidak berapa minat. agak2 apa persediaan kita?
Berbanding, sekiranya kita pergi dating. dengan orang yang paling kita suka, paling kita cinta.
bagaimana persiapan kita?
sudah tentu minyak wangi nya yang paling harum, bajunya paling segak atau cantik.
begitulah persedian kita untuk berjumpa temu dan duga.
Sudahkan salam pertama kita penuh ayat mengoda?
sudahkan jawapan kita boleh buat penemuduga percaya?
sudahkah kita siap soalan untuk tanya kembali penemuduga?
Bila kita benar-benar ingin kenal dan cinta.
Kita akan memburu untuk mendapatkannya.
C yang ketiga:
CAYA
sejauh mana kita percayakan diri kita?
bukan kah kita pernah buat silap?
bukan kah CGPA kita yang paling corot?
sejauh mana kita ingin percaya tentng kebolehan kita.
“Allah mengikut sangkaan hambanya”
Jika jadi yang hambaNya inginkan, insyaAllah jadi!
Jika tidak jadi yang hambanya inginkan, insyaAllah tidak akan jadi sampai bila-bila.
Hendy Ford, pecipta kereta Ford.
Either irght or wrong. It’s always right.
Betul atau salah. kedua2nya betul.
betul kata kita. akan betullah keputusannya.
salah kata kita. akan salahlah keputusannya. kedua2 betul apa yang kita sangkakan.
satu teknik yang saya ingin kongsikan. adalah visualization.
kita pejam mata. kita bayangkan apa yang akan berlaku. bayangkan proses temuduga itu berlaku
dengan jaya yang kita mahukan.
satu kajian di Universiti Harvard mengkaji satu pasukan bola keranjang
diminta 3 kumpulan membuat perkara yang berbeza.
kumpulan pertama diminta berlatih macam biasa 4 jam sehari selama 2 minggu.
kumpulan kedua diminta untuk tidak berlatih langsung selama 2 minggu.
dan
kumpulan ketiga diminta untuk memejamkan mata, membayangkan mereka melontrokan bola tersebut, tepat masuk ke dlam jaring dengan jayanya. latiham mereka 2 jam sehari membayangkan benda yang sama selama 2 minggu.
Keputusannya marksh paling banyak ketiga diberi masa 10min untuk melontarkan bola keranjang.
Kumpulqn ketiga yg paling berjaya.
Begitulah sekiranya kita fokus melatih mental kita untuk visualizekan kejayaan kita.
Akhir kata dari saya. Ingat kembali 3 c ini.
Cita-cita
Cinta
Caya
Ayuh graduan baru, bukan masa untuk Mencati kerja lqhi.
Ini zaman memburu kerja!

?Ada org selepas beli insurans 6 bulan dia kena diagnos penyakit kanser

?Ada org selepas beli insurans 6 bulan dia kena diagnos penyakit kanser.
?Ada org esok hari approve, lusa kena accident pulak.
?Ada org baru mencarum 2 tahun, tetiba mati mengejut.
??‍♂️Ada org mencarum dah 5 tahun, baru first time buat claim sebab kena denggi.
⛸Ada org 4 bulan selepas beli insurans, kemalangan berlaku di tempat kerja, menyebabkan kehilangan sebelah kaki.
Lain orang lain nasib. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa mungkin kita pula. Yg penting kesedaran harus ada. Persediaan awal semasa kita masih sihat walafiat lagi.
Godaan shopping, handphone baru, kawan2, travelling dan lain2 harus diketepikan dahulu. Yg ini seharusnya bila ada bajet lebih baru kita buat. Bukan nya selepas shopping bagai baru kita fikir tentang persediaan di waktu emergency.
Mak bapak mmg sanggup berkorban wang ringgit utk kita, tapi sanggup kah anda melihat mereka bersedih dan kehabisan wang simpanan hari tua mereka kerana kepentingan diri kamu?
Renung-renungkan lah.