Bismillah, TERBARU! DILANCARKAN HARI INI!, VITAMIN C BEAUTY MIST yang bakal membuatkan kulit wajah anda yang nampak letih lesu akibat tak cukup…

Bismillah
TERBARU! DILANCARKAN HARI INI!
VITAMIN C BEAUTY MIST yang bakal membuatkan kulit wajah anda yang nampak letih lesu akibat tak cukup rehat ‘maintain’ kembali segar bermaya. InsyaAllah.
Adakah anda mengalami situasi ini ?
1/ Selalu bekerja di dalam bilik air-cond sehingga kulit mudah menjadi kering (dehydrated)
2/ Tak sempat pakai TONER atau tak pakai TONER selepas mencuci muka
3/ Nak cepat bersiap tapi masih mahu jaga kesihatan dan keserian kulit
4/ Selalu travel dan terdedah pada cuaca panas dan aktiviti luar
5/ Jenis yang sayangkan kulit dan sanggup melabur untuk tingkatkan kesihatan kulit.
Jika YA, teruskan bacaan.
Saya ingin menyarankan penggunaan face mist kepada kalian seandainya kalian bersetuju dengan hampir kesemua soalan di atas.
Memperkenalkan ;
>> VITAMIN C BEAUTY MIST BY ANNONA <<
Apakah bahan-bahan yang terkandung di dalamnya?
Hehe.. Tak sah namanya kalau tidak ada sumber vitamin C ?
✔️ ASCORBYL GLUCOSIDASE ( Vitamin C ) :
Memperbaiki tona kulit kusam dan membantu meningkatkan seri kulit dengan perlindungan antioksidan.
✔️BERGAMOT OIL ( Citrus aurantium bergamia) : mengimbangi pengeluaran sebum di muka dan melegakan kerengsaan pada kulit akibat cuaca panas dan kering.
✔️TANGERINE PEEL EXTRACT ( Citrus reticulate ) :
mengekalkan lembapan pada kulit dan membantu memudarkan parut.
✔️ SWEET ORANGE OIL ( Citrus sinensis ) :
memberikan kelegaan yang cepat dan merangsang pertumbuhan sel kulit baru.
✔️ BEE VENOM ? : meransang penghasilan kolagen, membantu pemulihan sel kulit yang rosak, dan menggalakkan sel kulit baru yang lebih sihat dan anjal.
✔️KOLAGEN : melindungi kulit dari ancaman pencemaran luar dan membantu sel kulit kelihatan lembap, lembut dan anjal.
✔️ WITCH HAZEL : bertindak sebagai natural astringent, mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, menghaluskan liang pori dan memberi kesan ‘cool down’ pada kulit.
Wahhh.. banyaknya manfaat bahan-bahan dalam VCBM ni!
Bayangkan..betapa dahaganya kulit anda selama ini yang sangat-sangat memerlukan bahan-bahan ini semua untuk bertukang pada setiap pelosok sel kulit. Dan bayangkan betapa bahagianya sel-sel itu semua nanti setiap kali diberi minum dengan setiap semburan VCBM.
Kulit yang kering seperti gurun sahara > menjadi semakin LEMBAP
Kulit yang tak bermaya seperti tak cukup kasih sayang >> semakin naik SERI
Kulit yang terasa bahang panas matahari >> semakin ‘cool’
Tambahan di pasangkan pula si citrus bersama bee venom pasti memberi kelainan.
Diberi jolokan #TheNextBotox,
Kecantikan asli, tak perlu suntikan.
Bagaikan kulit yang mengantuk, disorongkan bantal.
Inilah solusi paling mudah buat anda.
Digunakan selepas mencuci muka, dan bila-bila masa kulit memerlukan hidrasi , walaupun setelah mengenakan mekap.
Paling WOW, 1 BOTOL 90ml, jimat dan tahan 2 bulan mengikut kekerapan penggunaan.
.
Fuhhh, saya dah tak sabar nak spray ni! Macam mana nak order ?
Sabar.. sabar.
Saya nak bagitau harga OFFER lah ni
Sempena hari pelancaran hari ini,
Harga 1 botol ialah RM39 sahaja
Nak lebih jimat, beli 12 FREE lagi 1 botol!
Share ngan kawan-kawan opis.
Biar 1 opis kena sengatan VCBM.
Baru lah produktiviti kerja meningkat.
Kann hheehe
Harga special ni untuk hari ini sahaja yea..
Esok mahar akan di NAIKKAN kepada RM45.
Nak buat macam mana, abam Bee ni memang ‘jual mahal’. Dia nak jaga eksklusif dia gituu. Esok dia dah malas nak layan kalian.
Paras stok untuk launching hari ini pun actually dah separuh nyawa.
Sesunguhnya siapa yang cepat grab, dia tergolong di dalam kalangan orang yang beruntung.
So cepat-cepatlah dapatkan dari agen dan RaNia VCS ok!
P.S Siapa nak ‘Si Beauty’ ini ?
Komen ‘ Saya nak spray muka dengan VCBM’
dan #SHARE posting ini.
Untung-untung saya nak bagi FREE untuk anda yang bertuah!
#VitaminCBeautyMist
#VCSbyAnnona

Siri : 1280, ISU PERJAWATAN DZULKIFLI AHMAD SEBAGAI PESURUHJAYA SPRM !!, KRONOLOGI FAKTA TERKINI TAMPILKAN KESANGSIAN TERHADAP KEBOLEHAN DZULKIFLI…

Siri : 1280
ISU PERJAWATAN DZULKIFLI AHMAD SEBAGAI PESURUHJAYA SPRM !!
KRONOLOGI FAKTA TERKINI TAMPILKAN KESANGSIAN TERHADAP KEBOLEHAN DZULKIFLI AHMAD ?? !!
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada 23.12.2017, melalui Siri : 1202, saya telah menulis berkaitan berita yang telah disiarkan oleh FREEMALAYSIATODAY 22.12.2017, di mana telah dimuat naik berita dengan tajuk “Remove MACC chief for alleged misconduct, judicial commission proposes”, dan juga berkaitan bagaimana kemudiannya berita FREEMALAYSIATODAY 22.12.2017 itu telahpun dibawa turun dari siaran kepada orang awam, tidak berapa lama selepas ianya disiarkan.
2. Dalam Siri : 1202 yang sama, saya telahpun menampilkan beberapa PERSOALAN penting, yang mana adalah diterbitkan semula di sini secara ‘copy & paste’ dari Perenggan 7, 9 dan 11 di Siri : 1202 di sana :
” 7. PERSOALAN PERTAMA :
“Adakah berita FREEMALAYSIATODAY 22.12.2017, bertajuk “Remove MACC chief for alleged misconduct, judicial commission proposes”, itu diBAWA TURUN dan dihentikan edaran kepada awam, adalah atas desakan mana-mana pihak dari Kerajaan NAJIB RAZAK ?? !!”
9. PERSOALAN KEDUA :
“Apakah sensitiviti berkenaan maklumat yang wujud dalam berita FREEMALAYSIATODAY 22.12.2017, bertajuk “Remove MACC chief for alleged misconduct, judicial commission proposes” itu, yang menggugat kedudukan Kerajaan NAJIB RAZAK ?? !!”
11. PERSOALAN KETIGA :
“Tanpa kewujudan mana-mana penafian berkaitan kandungan berita FREEMALAYSIATODAY 22.12.2017, bertajuk “Remove MACC chief for alleged misconduct, judicial commission proposes” itu, dan dengan menggandaikan, tanpa kewujudan mana-mana penafian, bahawa fakta yang dilaporkan, sebelum ianya dikeluarkan dari edaran umum itu adalah BENAR dan TEPAT, maka adakah NAJIB RAZAK sebagai Perdana Menteri akan menuruti cadangan SPKP itu untuk menyebabkan pemecatan DZULKIFLI AHMAD sebagai Pesuruhjaya SPRM ?? !!” “
3. Tulisan saya di Siri : 1202 telahpun dipetik dan dilaporkan oleh THE MALAYSIAN INSIGHT 23.12.2017 di bawah tajuk “Betulkah ketua SPRM hendak dipecat, tanya peguam Dr Mahathir”, yang mana telah saya muat naik pada Siri : 1203 sebelum ini pada 23.12.2017.
(Link Laporan THE MALAYSIAN INSIGHT 23.12.2017 : https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/29103/)
4. Sudahpun lebih SATU (1) BULAN berlalu sejak tulisan saya itu, dan Laporan THE MALAYSIAN INSIGHT 23.12.2017 diterbitkan, namun sehingga ke hari ini Kerajaan NAJIB RAZAK, masih DIAM MEMBISU dan SUNYI SEPI dalam keSENYAPan, tanpa jawaban mahupun penafian langsung, yang menzahirkan niat curang Kerajaan NAJIB RAZAK, agar isu ini, seperti isu-isu lain yang mencabar kredibiliti Kerajaan NAJIB RAZAK akan hilang dari ingatan kesemua Rakyat yang prihatin, dan dilupakan begitu sahaja !!
5. Belum pun NAJIB RAZAK tampil memberi sebarang jawaban mahupun komen kepada ketiga-tiga PERSOALAN yang saya bangkitkan dalam Siri : 1202 (23.12.2017), yang telah saya ulangi penampilannya melalui Siri : 1253 (25.01.2018), timbul pula satu lagi KONTROVERSI melibatkan Kerajaan NAJIB RAZAK dengan intitusi SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) !!
6. Pada 30.01.2018, MALAYSIAKINI bertajuk “Four honorary advisers appointed for MACC chief”, telah melaporkan :
” The MACC has appointed four community figures as honorary advisers to MACC chief commissioner Dzulkifli Ahmad.
MACC in a statement today said the appointment was for a period of two years effective from Feb 1 2018 to Jan 31 2020.”
7. Saya telah memberi komen saya berkaitan isu ini dalam Siri : 1265 (31.01.2018) yang telah diterbitkan oleh FREEMALAYSIATODAY 01.02.2018 bertajuk “Why does MACC chief need personal advisers, asks lawyer” (Siri : 1266)(Link Laporan : http://www.freemalaysiatoday.com/…/why-does-macc-chief-nee…/) dan MALAYSIAKINI 01.02.2018 bertajuk “Peguam: Tiada peruntukan untuk penasihat kehormat KP SPRM” (Siri : 1267)(Link Laporan : https://www.malaysiakini.com/news/410749#9cFcyVQ0Y7pjKye4.99).
8. Dalam erti kata lain, mulai dari 01.02.2018, Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHAMAD, akan mempunyai satu badan penasihat yang mengandungi empat (4) orang anggota, yang akan MEMBERI NASIHAT kepada diri DZULKIFLI AHAMAD berkaitan tugasan DZULKIFLI AHAMAD, yang sepatutnya seorang Pesuruhjaya sendiri perlu laksanakan !!
9. Pada hakikatnya, TIADA mana-mana kandungan di dalam AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 2009 yang mengandungi peruntukan bagi tujuan penubuhan Lembaga Penasihat kepada Pesuruhjaya itu !!
10. Sedangkan menurut peruntukan SEKSYEN 13 AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 2009, sudah pun ada diperuntukkan dan diwujudkan satu (1) Lembaga Penasihat kepada SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) itu sendiri, dan bukan untuk diri Pesuruhjaya SPRM semata-mata !!
11. Justeru, dengan kewujudan LEMBAGA PENASIHAT PENCEGAHAN RASUAH yang berfungsi untuk memberi sepenuh nasihat kepada keseluruhan institusi SPRM, yang termasuk Pejabat Pesuruhjaya SPRM iaitu DZULKIFLI AHAMAD, maka wujud dua (2) PERSOALAN penting :
(a) Manakah KUASA PERUNDANGAN yang menjadikan SAH akan pembentukan LEMBAGA PENASIHAT KEHORMAT semata-mata untuk Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHAMAD, sahaja ?? !!
(b) Apakah SEBAB dan ALASAN sebenar yang menyebabkan perlu Kerajaan NAJIB RAZAK wujudkan LEMBAGA PENASIHAT KEHORMAT semata-mata untuk Pesuruhjaya SPRM, DZULKIFLI AHAMAD, sahaja ?? !!
12. Melalui Video yang dimuat naik di bawah, saya telah sarankan agar DZULKIFLI AHMAD secara peribadi, ataupun NAJIB RAZAK secara peribadi, berani tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan sebenar kepada kesemua Rakyat yang prihatin, dengan serta merta !!
BERANI KERANA BENAR !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
(Sila lihat Siri : 481, 483, 484, 487, 489, 492, 500, 502, 602, 603, 612, 613, 619, 620, 621, 622, 623, 624, 627, 628, 816, 859, 861, 870, 878, 882, 887, 915, 917, 919, 925, 1114, 1117, 1121, 1131, 1140, 1202, 1203, 1253, 1265, 1266, 1267, 1269, 1271 & 1279) – SPRM
(Sila lihat Siri : 235, 236, 769, 827, 828, 839, 857, 860, 883, 893, 923, 924, 933, 947, 949, 951, 953, 955, 958, 959, 961, 977, 978, 979, 982, 984, 989, 994, 996, 997, 998, 1000, 1001, 1005, 1015, 1019, 1103, 1106, 1109, 1110, 1112, 1113, 1118, 1134, 1144, 1145, 1161, 1162, 1165, 1198, 1206, 1215, 1223, 1231, 1233, 1234, 1235, 1253, 1265, 1266 & 1267) – Kehakiman & Perundangan
(Sila lihat Siri : 5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 35, 36, 37, 57, 58, 85, 87, 88, 90, 95, 98, 99,106, 110, 117, 121, 131, 147, 152, 153, 164, 165, 166, 201, 212, 213, 214, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 225, 226, 228, 229, 230, 233, 237, 238, 239, 240, 256, 257, 258, 259, 260, 263, 266, 268, 270, 276, 282, 283, 285, 290, 291, 292, 294, 296, 297, 299, 300, 301, 303, 304, 311, 312, 318, 319, 323, 365, 368, 375, 381, 418, 422, 430, 432, 452, 453, 457, 474, 478, 481, 482, 483, 484, 487, 489, 492, 500, 501, 502, 539, 556, 558, 560, 561, 563, 564, 567, 569, 570, 572, 573, 575, 576, 577, 580, 581, 582, 583, 584, 587, 588, 595, 596, 597, 600, 601, 602, 603, 604, 605, 606, 607, 608, 609, 610, 612, 613, 615, 618, 619, 620, 621, 622, 623, 624, 626, 627, 628, 633, 635, 646, 647, 648, 649, 655, 657, 658, 660, 663, 665, 666, 667, 668, 671, 673, 674, 676, 680, 681, 684, 685, 692, 693, 694, 696, 700, 701, 710, 712, 724, 725, 727, 728, 729, 731, 733, 738, 741, 743, 744, 746, 751, 752, 755, 756, 757, 760, 762, 763, 765, 767, 768, 770, 773, 774, 777, 781, 787, 789, 790, 791, 792, 793, 794, 795, 796, 797, 798, 800, 801, 802, 803, 805, 807, 808, 809, 810, 811, 812, 814, 815, 816, 821, 824, 826, 827, 828, 829, 831, 832, 833, 835, 837, 857, 860, 862, 863, 864, 865, 879, 882, 883, 894, 906, 908, 910, 911, 913, 915, 916, 917, 918, 919, 920, 921, 922, 923, 925, 935, 939, 940, 941, 944, 950, 952, 973, 975, 981, 993, 1000, 1001, 1022, 1025, 1027, 1044, 1045, 1080, 1083, 1084, 1086, 1089, 1114, 1117, 1131, 1137, 1140, 1141, 1142, 1148, 1155.1162, 1168, 1169, 1170, 1171, 1172, 1173, 1174, 1175, 1176, 1177, 1179, 1183, 1184, 1185. 1187. 1190, 1192, 1202, 1203, 1205, 1208, 1210, 1214, 1215, 1218, 1219, 1221, 1224, 1229, 1247, 1249, 1253, 1260, 1265, 1266, 1267, 1269, 1271 & 1277) – Najib Razak