Penggalan qosidah imam abu hanifah ketika berada dipusara nabi muhammad saw, ‏يا سيد السادات جئتك قاصداً

Penggalan qosidah imam abu hanifah ketika berada dipusara nabi muhammad saw
‏يا سيد السادات جئتك قاصداً … أرجو رضاك وأحتمي بحماكَ
والله ياخير الخلائق إن لي ……… قلباً مشوقاً لا يروم سواك
Wahai raja dari segala raja aku datang menghadapmu
Mengharap Ridhomu dan aku berlindung dalam lindunganmu
Demi Allah wahai sebaik2 nya mahluq allah swt
Sesungguhnya hatiku amatlah rindu yang tak berhasrat kcuali padamuَ

‏‎الحب ﻫﻮ ‎ﺛﻮﺑﺎﻥ ﺣﻴﻦ سأله رسول الله ﷺ : ياثوبان ﻣﺎ ﻏﻴَّﺮ ﻟﻮﻧﻚ ؟, فقال:…

‏‎الحب ﻫﻮ ‎ﺛﻮﺑﺎﻥ ﺣﻴﻦ سأله رسول الله ﷺ : ياثوبان ﻣﺎ ﻏﻴَّﺮ ﻟﻮﻧﻚ ؟
فقال: يا رسول الله ﻣﺎﺑﻲ ضر ﻭ ﻻﻭَﺟﻊ غير ﺃﻧِّﻲ ﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﺃﺭَﻙَ ﺍشتقت إليك واﺳﺘﻮﺣﺸﺖُ ﻭﺣﺸﺔ ﺷﺪﻳﺪﺓ ﺣﺘﻰ ﺃﻟﻘﺎﻙ .
Cinta itu adalah ketika nabi saw bertanya kepada sahabatnya tsauban RA , wahai tsauban apa gerang yang membuat wajahmu menjadi pucat?
Ya rosulullah aku tidak sakit atau terluka kecuali jika aku tidak memandangmu aku merindukanmu aku merasakan kesepian yang luar biasa semua itu tidak akan hilang sampai aku berjumpa denganmu

Apabila seorang kanak-kanak bergelak tawa kegembiraan, ramai tersenyum dan memberi komen,, “Alololo comelnya!”, Semua berebut-rebut mahu bermain…

Apabila seorang kanak-kanak bergelak tawa kegembiraan, ramai tersenyum dan memberi komen,
“Alololo comelnya!”
Semua berebut-rebut mahu bermain dengan si kecil itu.
Tetapi saat berlakunya tangisan atau jeritan nyaring mereka, terus si dewasa terkejar-kejar mahu ‘melepaskan sentuhan’ dan ‘memulangkan’ kembali si kecil kepada ibu atau bapanya.
Pendek kata,
Saat gembira, semua mahu.
Saat menangis, semua lari.
Malah, si kecil dibesarkan pula dalam keadaan,
Gembira itu bagus, baik dan disukai.
Tangisan itu perlu dielak, disembunyikan.
Apabila semakin dewasa, dididik agar menyembunyikan rasa sedih, dan simpan untuk diri sendiri. Jangan ditunjukkan pada orang.
Budaya kita, begini kan?
Kesedihan, seperti mana emosi manusia yang lain, perlu diraikan sejak kecil. Perlu diiktiraf sebagai salah satu emosi setanding dengan gembira, marah, takut dll.
Kepintaran Emosi atau Emotional Quotient/Intelligence merupakan salah satu kemampuan seseorang untuk mengenal emosi diri sendiri dan orang di sekelilingnya, dan memberi respons terhadapnya.
Di sini, lahirnya simpati, empati, ekpresi diri, persepsi dan banyak lagi!
Dan kemampuan ini perlu dididik sejak kecil oleh ibu bapanya. Bukan disuruh diam, disembunyikan, dihadapi berseorangan dan dipendam.
Tetapi perlu dirai, diiktiraf (acknowledge) dan diberi respons.
Sudah tentu, bukan menyuruh agar melayan atau memujuk si kecil sepanjang masa sehingga seperti raja, tetapi perlu dididik untuk mereka fahami perasaan tersebut.
“Kenapa adik menangis?”
“Along sedih dengan apa?”
“Kakak dah okay?”
Persoalan oleh si dewasa, mampu membantu si kecil untuk mendalami dan memahami emosinya sendiri. Sedangkan kemampuan kepintaran (IQ) pun ada perkembangan dan peringkatnya, apatah lagi emosi manusia, kan?
—-
Sayangnya, untuk kanak-kanak Autistik, kemampuan ini tidak seperti tumbesaran kanak-kanak tipikal yang lain. Ya, mereka tetap ada perasaan sedih, gembira, takut dll.
Tetapi kerana faktor komunikasi terbatas, ada di antara mereka, tidak mampu untuk memahami emosi sendiri.
Malah, ini membuatkan ada yang tak mampu memahami emosi orang lain (melalui mimik muka, nada suara, isyarat tangan dll).
Untuk kanak-kanak,
Umur 2 bulan sudah mampu ketawa, atau menunjukkan emosi ketakutan. Menjelang 12 bulan, kemampuan untuk memahami mimik muka orang lain akan muncul.
Kanak-kanak kecil akan mula belajar untuk mengekspresikan diri mereka dengan perkataan, sama ada gembira, marah, takut, terkejut, sedih dll.
Apabila emosi itu tak dapat digambarkan dengan perkataan (kerana penguasaan bahasa yang terhad), maka terjadilah Tantrum/Meltdown.
Namun, ini tidak sama bagi kanak-kanak Autistik, terutama yang berada di spektrum severe. Mereka akan mempunyai masalah:
– Kenal ekspresi muka dan emosi di sebaliknya
– Faham dan kawal emosi diri sendiri
– Analisis emosi orang lain (kurang empati)
Ada juga di antara mereka yang boleh kenalpasti emosi seperti kanak-kanak tipikal, tetapi lebih lambat.
Ada banyak lagi penjelasan selanjutnya mengenai tahap kefahaman emosi untuk kanak-kanak Autistik.

Jadi, bagaimana untuk bantu kanak-kanak ini (Autistik dan bukan) bina tahap kepintaran emosi (EQ) ini? Ada beberapa cara:
1. Labelkan emosi seseorang – Contohnya tengah tengok cerita Upin Ipin, Ipin ketawa apabila kakaknya buat lawak. Cepat-cepat beritahu pada si kecil,
“Tengok! Ipin ketawa! Dia tengah GEMBIRA.”
2. Memberi respons – Apabila ternampak si kecil ini sedang monyok, beri respons, “Adik monyok je. Rasa sedih ke?”
3. Tukar gaya/nada bercakap sekiranya mereka seperti tak sedar anda bercakap dengan mereka – Ulang balik percakapan kita, tetapi dengan nada, tona, kelajuan dll suara berbeza.
4. Dapatkan pandangan matanya – Galakkan mereka memandang mata anda (sebagai latihan untuk fahami bahasa badan). Sekiranya bermain bersama, dan mereka mahu ambil sesuatu daripada anda, jangan lepaskan selagi mana mereka tak pandang mata anda.
Lebih baik lagi, sekiranya anda dapat berdiri/duduk sama paras mata dengan mereka. Ini merupakan satu perkara yang saya sering amalkan, iaitu berlutut apabila bercakap dengan anak buah saya. Sebagai tanda “sama paras”.
🙂
Ada banyak lagi tip-tip lain, tetapi cukup sekadar di sini sahaja dahulu. Panjang penulisan kali ini. Terima kasih sudi baca sehingga sini.
Berjumpa kita di episod seterusnya, insya Allah.
Jemput SHARE post ini!
#MengenaliAutisme #PengkajiMindaSiKecil
—-
With Love,
Aiman Amri,
BSc in Psychology – University of Nottingham
Autism Therapist – Founder of Aiman Psikologis