Semalam saya bejumpa dengan seorang anak muda

Semalam saya bejumpa dengan seorang anak muda.
Bersembang sedikit mengenai pengurusan kewangan.
Alhamdulillah cashflow cantik dan sudah ada perlindungan dan pelaburan.
Kemudia saya semak status pelaburan. Dia dah melabur di ASBF dan tiga dana Unit Amanah.
Dua daripada dana tersebut adalah dana yang kurang perform so saya cadangkan untuk switch ke dana yang lebih baik.
Kemudian kira kira semula ASBF. Katanya dulu buat untuk tabung kawin. Tapi selepas kira kira, rugi RM2000+
jika tamatkan sijil sebelum berkahwin.
Perkara ini berlaku gara gara ikut sahaja cakap agen dan agen letak takaful maksimum.
Pada saya jalan terbaik nak kumpul duit kahwin dalam masa dua tahun adalah simpan biasa sahaja di Tabung Haji dan ASB kerana bebas risiko.
ASBF masih lagi terdesah kepada risiko turun naik BLR yang tak ramai pun yang tahu.
Jadi sebelum melabur dalam apa instrumen sekalipun sila pastikan anda tahu risiko terlebih dahulu.
Bukan untung untung untung sahaja.
#TheSophisticatedInvestor

Kau kata rugi beli buku berharga RM35 rugi

Kau kata rugi beli buku berharga RM35 rugi.
Sedangkan ilmu di dalam buku tersebut mampu menyelamatkan beribu-ribu ringgit.
Dengan guidelines yang betul baru lah kita boleh pilih instrumen kewangan yang betul. Bukan main ikot sahaja kata agen.
Untuk elakkan kesalahan seperti:
1. Beli takaful untuk pelaburan
2. Ambil ASBF, tapi fokus pada takafulnya
3. Ambil unit trust tapi nama dana pun taktahu
4. Kumpul duit haji gunakan takaful
Dan 101 lagi kesalahan lain.
Investlah RM35 untuk beli buku ini supaya tidak mudah membuat silap. Tak sampai pun 10% gaji harga buku ini.
Tak mampu juga? Beli buku mininya. Hanya RM4 sahaja. Kalau itu pun korang kata mahal taktahu la.
Siapa dah baca buku ini?

Jangan pandang rendah dengan bangla

Jangan pandang rendah dengan bangla.
Apa saya perasan, bila lepak mamak, ada yang layan macam kerja di mamak tu rendah sangat tarafnya.
Kononnya kita la paling banyak duit boleh order apa sahaja dan marah sesuka hati. Padehal order teh tarik dan roti kosong je.
Jangan terkejut kalau simpanan bangla tu lagi banyak dari kita semua. Saya pernah jumpa bangla yang dah ada banglow pun kat negara dia.
Diorang hidup memang bawah kemampuan, tahan hidup begitu selama 10-15 tahun. Kemudian dah achieved financial freedom di negara diorang.
Kita? Masih lagi terbeban dengan hutang hutang yang bertimbun. Hidup masih bermewah. Biar papa asal bergaya. Amboi!

Kereta second maintenance tinggi la

Kereta second maintenance tinggi la.
Kalau ada yang tanya saya beli kereta baru atau second. Saya akan tengok cashflow dan keperluannya.
Kalau perempuan biasa saya cadangkan axia arau viva second tahun 2015 ke atas.
Bayaran bulanan tak lebih 15% gaji.
Kalau lelaki, better cari kereta second cash bawah RM20,000. Sementara nak kumpul duit tu naik lah motor dahulu.
Berkorban sedikit. InshaAllah pengorbanan tu berbaloi.
Persoalannya, betul ke kereta second mahal maintenance? Saya rasa macam tidak, sebab saya sendiri pakai kereta berusia lebih 10 tahun. Okay je saya pakai.
Takaful pun murah, boleh je sampai ke johor, perak tanpa masalah. Jarang jarang la major repair tu.
Bila kita asyik fikir kereta second ni cepat rosak , maka memang senanglah rosak kereta tu.
Bawa la mekanik semasa memilih kereta tu, InshaAllah semuanya okay.
Siapa pakai kereta second macam saya?

Alhamdulillah tadi selesai berkongsi dengan seorang Medical Assistant tentang Financial Planning

Alhamdulillah tadi selesai berkongsi dengan seorang Medical Assistant tentang Financial Planning.
Bermula dengan
1. Pengurusan Cashflow
Cashflow okay, ada lebihan dalam RM1,000 sebulan. Cuma ada kebocoran ke Personal Loan
2. Perlindungan
Currently dah ada takaful dengan caruman RM130 sebulan, tapi sayangnya tidak cukup. Life 30k(bayar hutang personal loan pun tak lepas) dan medical 60k setahun.
Dengan bayaran yang sama saya memberi plan yang mencukupi. Life RM100k dan medical RM100k setahun.
Sekarang beliau ada RM3,000 di Tabung Haji, saya drafkan kepada beliau supaya dapat cukup kepada 3 bulan emergency saving hasil lebihan wang dan cashback beli rumah.
3. Restructure hutang
Dengan lebihan wang yang ada, personal loan mampu dipendekkan daripada 10 tahun kepada 7 tahun. Nampak kebahagiaan bila kita deliver the plan.
4. Pelan pelaburan
Beliau sudah ada plan pencen, tapi dengan hanya RM200 sebulan beliau boleh tambah duit bersara sehingga RM200k
Kemudian ada plan untuk boost akaun simpanan kwsp isteri beliau. Invest dalam dan luar negara berdasarkan risk appetite beliau. InshaAllah boleh bersara jutawan.
5. Plan pendidikan anak anak
Dengan RM100 sebulan beliau mampu menyara kos pendidikan dua orang anak di IPTA untuk tempoh 20 tahun lagi.
Akhir sekali beliau boleh sentiasa semak keadaan kewangan dan pelaburan melalui apps DIY360 & FAME di handphone sahaja.
Sesiapa yang berminat untuk review kewangan boleh hubungi saya.
#TheSophisticatedInvestor

PELABURAN BAGI STUDENT, Seringkali saya menerima beberapa personal message dari student yang bertanyakan tentang pelaburan

PELABURAN BAGI STUDENT
Seringkali saya menerima beberapa personal message dari student yang bertanyakan tentang pelaburan.
“Bang saya ada lebihan RM100, nak melabur di mana ye?”
“Pelaburan apa terbaik ye bang untuk student macam saya?”
“Saya nak ada RM100,000 lepas habis belajar boleh tak bang?”
Jawapan saya, pelaburan terbaik adalah pelaburan ilmu. Banyakkan dahulu membaca. Jangan rasa membazir nak beli buku atau pergi kelas.
Kalau tengok wayang seminggu sekali boleh takkan beli buku sebulan sekali tak boleh.
Persiapkan diri korang untuk melangkah ke alam pekerjaan. Nanti takde lah buat silap seperti ambil personal loan atau beli kereta mahal.
Kalau ada duit lebih simpan sahaja dalam tabung haji atau asb.
Penuhkan dulu tabung kecemasan, nanti dah kerja boleh terus melabur.
Kalau ada banyak masa terluang, buat part time. Okay je buat part time as long as pelajaran tak terabai. Daripada habis masa main dota baik korang cari duit.
Okay cukup lah tu. Saya pun dulu buat silap masa student, tapi Alhamdulillah sekarang dah sedar. Lagi awal sedar lagi bagus.

MITOS DALAM WASIAT, “Nanti bila ayah dah tiada, rumah di teres abang long punya, apartment tu kak ngah punya, dan tanah ni kak chil punya” – pesan…

MITOS DALAM WASIAT
“Nanti bila ayah dah tiada, rumah di teres abang long punya, apartment tu kak ngah punya, dan tanah ni kak chil punya” – pesan ayah.
Biasakan dengar situasi macam tu?
Untuk pengetahuan semua, wasiat hanya boleh kepada bukan waris dan untuk 1/3 daripada harta sahaja.
Kalau wasiat kepada waris, ianya hanyalah pesanan sahaja. Jika ada waris tidak setuju, masih perlu melalui faraid.
9/10 kes waris tidak bersetuju dengan wasiat dan bertelingkah.
Akan ada dialog seperti
“abang long tak setuju, abang patut dapat lebih!”
“Mana boleh, kita ikut cakap arwah ayah, kak chik nak sama rata”
Rancanglah harta anda sebaiknya. Jangan kerana harta keluarga berpecah belah.

Kau ni kedekut la, gaji dah besar pun nak berkira!, Kedekut dengan berjimat dua perkara berbeza

Kau ni kedekut la, gaji dah besar pun nak berkira!
Kedekut dengan berjimat dua perkara berbeza. Masak dan bawa bekal itu jimat. Makan maggi tiap hari itu kedekut dan tidak sihat.
Orang kata makan jangan berkira. Saya pun setuju. Tapi kalau tiap hari makan restoran order ice blended setiap kali makan tu dah membazir.
Tapi bab sedekah, parent dan family pun jangan berkira. Janganlah belanja girlfriend makan tony rhomas boleh tapi nak belanja family kat warung pun berkira.
Bila kau buat kira kira dalam perbelanjaan bukan bermakna kau kedekut, tapi kau merancang.
Orang yang berjaya sentiasa ada perancangan. Islam pun menggalakkan umatnya merancang.
Sesiapa yang berkira kira selalu bila belanja tu jangan risau, kita geng. Hehe

DIVIDEN EPF 5

DIVIDEN EPF 5.7% JE?
Okay sebelum kita komen pasal dividen, saya nak tanya satu soalan yang lebih utama.
Dah tukar ke akaun syariah atau belum? Kalau belum pergi tukar dulu. Rezeki yang berkat itu jauh lebih penting.
Jika kita lihat 3 instrumen simpanan terbesar iaitu Tabung Haji, ASB dan KWSP, ketiga tiga nya mengalami penurunan dari segi pulangan.
Jika kita lihat dari angka Gross Domestic Product (GDP), ianya turun sebanyak 0.7% berbanding tahun 2015 daripada 5% ke 4.3% pada tahun 2016. GDP adalah salah satu penanda aras ekonomi.
ASB dengan saiz dana sebesar lebih RM145 billion menunjukkan penurunan sebanyak 0.5% daripada 7.25% kepada 6.75%.
Tabung Haji pula dengan saiz dana melebihi RM60 billion mengalami penurunan hibah sebanyak 0.75%, daripada 5% ke 4.25%.
Manakala EPF dengan saiz dana paling besar melebihi RM600 billion mengalami penurunan sebanyak 0.7% daripada 6.4% kepada 5.7% pada tahun 2016.
Jika melihat daripada saiz dana dan keadaan ekonomi yang tidak menentu, KWSP telah melakukan kerja yang baik dengan melebihi 2 kali ganda kadar inflasi bagi tahun 2016. Kadar inflasi 2016 adalah 2.1%.
#TheSophisticatedInvestor
#MK

Perhatikan gambar pertama dan abaikan gambar kedua, Gambar pertama adalah bandar udara dipalu yang diberi nama mutiara sis aljufry disematkan kepada…

Perhatikan gambar pertama dan abaikan gambar kedua
Gambar pertama adalah bandar udara dipalu yang diberi nama mutiara sis aljufry disematkan kepada seorang Arif billah alhabib idrus bin salim aljufri yang datang dari hadramaut atau yang lebih dikenal dengan sebutan guru tua sejarah telah mencatat beliau termasuk pahlawan indonesia, ini salah satu bukti eksistensi para habaib kususnya yang datang dari hadramaut dalam ikut andil memperjuangkan bahkan memerdekakan negara tercinta indonesia dari segala penjajahan…beliau datang dengan membawa islam,pakai gamis, jubah,surban dan juga berjenggot da’wah beliau diterima dan berhasil mengislamkan nusantara, jika seandainya mereka(yang datang dari hadramaut) adalah teroris/penjajah niscaya mereka dahulu tidak akan pernah diterima oleh bangsa indonesia dan bahkan namanya tidak akan dikenang…tapi buktinya ???
Maka menambah kuatnya bukti akan keberadaan wali songo yang datang dari hadramaut, mereka adalah anak cucuk nabi muhammad saw dengan menyandang gelar syarif/sayyid suatu bentuk panggilan penghormatan untuk keturunan rosul saw.
tidak ada yang meragukan kecintaan mereka kepada NKRI kcuali orang-orang yang benci kepada mereka.